aku ada dongeng nih...
read and have fun guys...
Dongeng Cinta Sejati Langit dan Laut
Dahulukala,
langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu
sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut
sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut,
warna langit sama dengan warna laut.
Setiap
senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku
cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh
cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu,
wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..
Begitu
melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati
terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari
hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa,
mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya
sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang
pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.
Laut
berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan
gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya.
Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak
dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu
mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.
Dengan
tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah
menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit
dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap
langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya mengunung
tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.
Hinggalah
sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh
melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung
laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah
mereka berpacaran.
jadi, itu aja dongengnya ya
SELAMAT TIDUR *yawn*
D.R
Tidak ada komentar:
Posting Komentar